Gambar ini bukan aku k tp hanyalah ciplak semata-mata. :D
Kau tempatku meminta, Kau beriku bahagia, Jadikan aku selamanya, Hamba-Mu yang slalu bertakwa.
27 November 2008
Aktif nya Baby Dalam Perutku Ini !!!!
26 November 2008
Cakra Alam-Menipu pesakit
Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:
klik sini untuk download: part1 & part2
1) Rawatan menggunakan telur
Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor. Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung"i. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.
Trick Penipuan :- Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.
2) Rawatan cas elektrik
Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil. Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala. Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar (Pelik bukan?). Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan. Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'. Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.
Trick Penipuan :- Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia.
Apa komen anda? Kalau betullah ustaz ni menipu, memang makan duit haram ler nampaknya. Ramai ler pesakit tertipu. Kalau korang nk tgk kisah pembongkaran pasal ustaz ni, cubalah tgk kt youtube. Mmg x syak lg. Tp bila 360 buat liputan, ustaz ni kata itu sume adalah fitnah. Boleh caya ke ni?
24 November 2008
Huhh......
Last week Abah xleh bangun, bengkak kaki tu kena balik. Aku terpaksa ler amik half day sbb nk anta Abah gi spital. My hubby pun amik half day gak. Ayah aku tu duk ngan Bngah aku kt Tmn Equine Park lps kenduri lps. Sian dia duk sengsorg time tu sbb Bngah gi kursus 3 hari. So mmg xde sapa dpt anta gi spital. Sbb tu aku decide nk anta Abah gi Hospital Serdang, dkt skit.
Masa aku smpai sana, ayah aku tu mmg xleh bangun. Kaki dia bengkak giler, nk jejak kaki kt lantai pun sakit. Mmg kena papah ler bwk turun gi kt keta. Dah ler umah tu tgkt 3, tangga plk tinggi, terpaksa ler slow skit nk turun time tu. Sib baik hubby ikut. Klu aku sorg, mmg x larat ler.
Aku mengeluh bkn apa, aku bwk ayah aku gi Hospital Serdang kt Emergency Department igt dr bleh la check cpt. Rupa2nya hampeh...... bygkanlah sampai spital tu dr kul 2.30 pm, then tgu dr nk check ajer kitorg terpaksa tgu sampai kul 7. Apa punya servis la.... nk dkt 5 jam menunggu. Patient yg sakit pun lg bertambah sakit dibuatnya. Dah ler sakit fizikal, mental pun bleh sakit gak. Aku yg x sakit ni pun sakit jiwa gak time tu... tp aku msh waras lg k.
Aku pun pernah gak gi ED kt Hospital Selayang, tp aku rasa Hospital Serdang lg lmbt servis dia. Hospital Selayang tu pun ada 1 je blk saringan & 1 blk Dr. Ni kt Hospital Serdang, ada 3 blk saringan & 3 bilik Dr. Itu pun tetap lmbt gak. Sepatutnya, bila dh ada sistem, cpt ler servis. Tp lain plk jd nyer... time check, kejap je pun. Aku pun xtau lah, apa masalah diorg ni. Xde alternatif lain ker? Bila komplen lmbt, tau plk suh wat hospital sendiri. Meh sini bg duit, aku wat hospital sendiri. Senang skit. Korang pun menumpang je kt spital tu kan... harapkan gomen je. Uish... sakit jiwa dibuatnya. Private Hospital pun bleh cpt je servis dia, tp kena byr lbh la. Yg penting puas ati dgn layanan. Klu yg boleh duk menunggu lama kt hospital gomen pegi je lah. Xde sapa yg larang. Aku cuma luahkan apa yg terbuku kt hati aku jer..
10 November 2008
Majlis Pertunangan Adik Perempuanku
Alhamdulillah, selamat juga majlis pertunangan adik perempuan bongsuku pd 08/11/2008 (Sabtu) yg lps. Adik aku selamat ditunangkan lepas Zohor. Masa nk sarung cincin tu, kakak dia yg dilangkah bendul tu iringkan. Hehehhe... malu2 arnab plk. Klu ikut adat, klau adik kawin dulu sblm kakak, pihak lelaki (bakal adik ipar) kena penalti. Klu org dulu2 minta sepersalinan lengkap serba satu, termasuklah barang kemas dari subang sampai ler ke gelang kaki. Tp family kitorg xdelah nk wat mcm tu sbb risau akan membebankan pihak lelaki dan mesti akan jadi buah mulut org. So, apa yg bapak sedara aku minta cuma sebentuk cincin & sepasang baju. Sib baik ler dipersetujui. Sukalah kakak dia dpt brg free... heheheh. Tarikh pun dh ditetapkan iaitu 06/06/2009. X sangka gak aku, kejap je adik aku akan bergelar isteri org. So, bila tiba ms nya aku akan jemput kalian bertandang ke teratak kami k. Adik ipar aku pun akan kawin thn dpn 11/04/2008. So, thn dpn adalah thn yg bz bg aku. Kena prepare awal ni..
Actually sblm majlis tunang pg tu wat majlis tahlil, akikah dan marhaban untuk anak Bangah aku (Puteri Iris....apa eh.. pnjg sgt nama dia xigt lah aku). Sume nya berjalan dgn lancar cuma kekurangan skit sbb ayah aku demam panas & xleh nk berjalan. Kaki dia pun bengkak, so segala perbincangan semasa majlis pertunangan adik aku tu dia dh pass kan kt bapak sedara ngan mak sedara aku. Sian Abah.... lps selesai majlis baru bwk dia gi klinik sbb bdn dia dh panas sgt. Penat agaknya duk masak kari kambing mlm sblm tu. Walau papepun, kari kambing yg ayah aku msk tu mmg licin hbs... mesti sodap tu. Hehhehe... aku pun xdpt rasa. Sib baik dpt simpankan skit tuk my hubby... klu x merajuk plk dia (fav. dia tu....).
So mcm biasalah, gmbr xdpt nk upload lg. Nanti bila senang, aku tempek kt sini k.
Gambar dh siap, so aku tempekkn ler kt sini tuk tatapan korang. Sorry ler lambat plk tempek..
Majlis Pertunangan Adik Perempuan Bongsu (08/11/2008)