25 March 2008

Pasal KJ lagi...

Apa pendapat anda mengenai isu ini?


Jika Khairy melangkah ke Parlimen padahlah negara, Ali Bukhari Amir.

Kenyataan menantu Perdana Menteri bertarikh 24 Februari lalu seperti yang dilaporkan di Utusan Malaysia dengan tajuknya 'Tugas saya rosakkan parti pembangkang – Khairy' akan mengundang banyak perbahasan.Dalam satu majlis tahlil dan kesyukuran di kampungnya di Rembau pada 23 Februari lalu Khairy dilaporkan berkata: "Memang saya budak nakal dalam Umno dan tugas saya dalam pilihan raya kali ini memang untuk merosakkan dan menimbulkan masalah kepada pembangkang dan jika saya tidak berbuat demikian bererti saya tidak buat kerja".Lihat betul-betul pada ucapannya, "… dan jika saya tidak berbuat demikian (merosakkan pembangkang) bererti saya tidak buat kerja." Dan perhatikan juga bahawa kenyataan itu dibuat sejurus selesai majlis tahlil, iaitu setelah beliau selesai memuji-muji Tuhan.Tidaklah diketahui siapakah yang memberikan tugas khas tersebut kepada Khairy. Tetapi, adalah dipercayai bahawa 'tugas khas' itu dicipta sendiri oleh Khairy tanpa perlu merujuk atau pun disuruh oleh sesiapa, malah mungkin ia bukan arahan bapa mertuanya sendiri.Sebenarnya, ucapan Khairy itu mungkin berasaskan dendam dan mungkin kesan daripada kritikan berulangkali yang kerap diterimanya dalam kalangan pembangkang, termasuklah ahli-ahli Umno sendiri yang tidak suka kepadanya.Berdasarkan laporan, ucapan Khairy itu mungkin berasal daripada soalan pemberita yang ingin meminta komen beliau berhubung label pembangkang ke atas beliau sebagai 'budak nakal' dalam Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.Laporan itu menambah lagi, menurut Naib Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Pengerusi Pemuda BN itu, beliau memang ditugaskan untuk merosakkan parti pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini dengan mencetuskan huru-hara kepada parti itu."Pembangkang akan melakukan apa sahaja dalam memastikan kemenangan mereka sehingga sanggup mengunakan isu peribadi dalam meraih sokongan pengundi memandangkan mereka ketandusan idea untuk dijaja," katanya.Sekali lagi, persoalan itu tidak dapat dijawab. Khairy ditugaskan oleh siapa? Atau, beliau cuma dengan sengaja ingin menonjolkan diri? Kenyataan ini mengingatkan kita terhadap lagaknya dalam pilihan raya di Ijok. Apa pun, Khairy perlu diberi pengajaran.Terbawa-bawa sikap berlagak dalam ParlimenSalah satu masalah yang berlaku apabila Khairy mula menguasai Parlimen adalah beliau mungkin terbawa-bawa sikap berlagaknya itu. Bayangkan, Khairy mungkin menimbulkan provokasi dalam Parlimen ketika pembangkang sedang membentangkan usul.Beranikah Speaker Parlimen Tan Sri Ramli Ngah Talib menghalau Khairy keluar dari Parlimen jika menantu Abdullah itu membuat onar, bertempik seperti berukera dan atau orang utan dalam Parlimen?Mungkin tiada seorang pun ahli-ahli Parlimen BN yang berani mengangkat suara untuk membantah ucapan Khairy. Beliau mungkin berasa kebal kalau ditempatkan berhampiran dengan ayah mertuanya dalam Parlimen.Tidak mustahil, kalau Abdullah tidak berada dalam negara, maka tugas menjawab dasar-dasar negara nanti 'seolah-olah' akan terpikul ke atas Khairy. Khairy akan mewakili ayah mertuanya dalam menjawab seribu satu persoalan (atau menjawab secara kurang ajar) yang tidak mampu dijawab Abdullah.Dan Abdullah, seperti yang banyak diriwayatkan oleh kalangan rakyat, adalah seseorang Perdana Menteri yang sukar membuat keputusan. Dan, ruang kelemahan Abdullah itulah sekali lagi 'dimanfaatkan' oleh menantunya. Tapi, kini ruang itu berlaku dalam Parlimen!Di tingkat 4 Putrajaya pun Khairy seolah-olahnya sudah pun 'menguasai' kuasa eksekutif (kerajaan atau 'government of the day'), maka kali ini kuasa legislatif, iaitu di Parlimen.Keadaan semakin kronik apabila ahli-ahli Parlimen BN tidak mampu bersuara sedikit pun dalam menyanggahnya termasuk Bung Mokhtar Raden (Kinabatangan) dan Mohamad Hj Aziz (Sri Gading) atau mereka yang terkenal dengan kelantangannya sebelum ini.Untuk menyempurnakan hasratnya menjala budi memukat undi, Khairy menggunakan khidmat seorang penyanyi berkelulusan PhD baru-baru ini setelah beliau melonjakkan namanya melalui My Team. Ertinya, menantu Abdullah ini melihat juga faktor akademik artis. Khairy tahu, untuk golongan lama Umno, sukar untuk dikaut sokongan mereka kerana mereka mempunyai latarbelakang akademik yang tidak kurang hebatnya.Khairy disindir ahli akademikBukan saja Khairy dibenci oleh golongan lama dalam Umno, malah dalam pusingan awal lagi Khairy tidak menarik perhatian ahli akademik yang berwibawa. Misalnya dalam satu program televisyen, Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin telah memberikan pandangannya yang agak negatif berhubung kehadiran Khairy dalam pilihan raya kali ini."Kita tak tahu adakah Khairy yang dipilih oleh Menteri Besar untuk bertanding atau pun dia sendiri yang menawarkan diri?"Tapi, kalau saya di tempat beliau (Khairy), saya berkata kepada diri saya, bahawa saya berpelajaran tinggi, lulusan Harvard, Oxford dan Yale. Untuk apa saya bertanding di tempat saya? Saya akan bertanding di bandar besar, iaitu tempat di mana buah fikiran saya akan dicabar," kata Dr Shamsul Amri secara sinikal.Ada beberapa pandangan tentang bagaimana Khairy boleh mendapatkan kerusi Rembau. Pertama, mungkin ada kalangan warga Rembau berminat kepada Khairy. Kedua, wakil Khairy atau Khairy sendiri bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Mohamad Hasan untuk membariskan namanya sebagai ahli Parlimen Rembau.Oleh kerana takutkan Khairy sebagai menantu PM, maka mungkin Mohamad Hasan pun terpaksa menerima kehadiran Khairy di Rembau, sekali gus terpaksa dia menggugurkan penyandang sebelum ini; Firdaus Harun.Namun, ketika sedang minum-minum dan bersantai di Restoren Haslam di bilik berhawa dingin di suatu petang, saya sendiri secara kebetulan terdengar suatu perbualan antara orang-orang Umno di situ yang sedang berbincang mengenai duit sebanyak RM120,000 yang mahu diagihkan kepada dua orang.Mereka berempat orang semuanya. Tetapi, cuma dua orang yang diagihkan duit itu, menjadikan setiap seorang mendapat RM60,000 untuk tugas tertentu. Semua itu ada kaitan dengan pilihan raya. Namun, tidaklah dapat dipastikan apakah duit itu ada kaitan dengan Khairy atau tidak.Namun, apa yang pasti mereka adalah ahli-ahli Umno yang mencemuh kehadiran Khairy sebagai orang yang mengambilalih tempat-tempat mereka di Parlimen Rembau. Khairy dengan 'gentlement' mengaku bahawa dirinya memang nakal. Dan dia sudah pun mengakui bahawa beliau memang ditugaskan untuk merosakkan pembangkang. Sudah tentu onar ini berlanjutan dalam Parlimen, jika beliau menang. Kita tunggu dan lihat. - mks. Cetak


* Aku ni asal org Rembau, N9. Aku pun xtau ler bila masanya si KJ ni org Rembau. Apasal PRU-12 ari tu baru tercatat nama dia di kawasan Rembau. Aku pelik betul lah. Aku dgr cite dia ni org Singapore sbnrnya, Betul ker? Aku pun bknnya suka sgt dgn si KJ ni. Nak..nak lagi dengan suara lantang dia tu yg mmg menyakitkan hati. Poyos jer.... mcm dia jer yg berkuasa kt negara ni. Menci aku...

Laluan SMART ditutup

Laluan SMART mungkin ditutup hingga 30 Mac

KUALA LUMPUR 24 Mac – Penduduk ibu kota akan terus berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak ekoran penutupan sementara laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) di sini.
Hujan lebat dengan ribut petir pada sebelah petang di ibu negara yang kerap berlaku sekarang diramal berterusan sehingga 30 Mac ini dan ia dijangka memburukkan lagi keadaan.
Terowong SMART ditutup oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak Sabtu lalu untuk membolehkan penyaluran air ke kolam-kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di ibu negara ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.
Pihak SMART setakat ini belum dapat memastikan bila terowong itu akan dibuka semula kerana ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Kesesakan lalu lintas paling teruk berlaku hari ini yang mengakibatkan deretan kenderaan sejauh kira-kira 15 kilometer dan berlarutan selama lebih empat jam.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memasuki ibu kota dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif.
Pengurus Perhubungan Awam SMART, Wan Azhar Wan Yeop ketika dihubungi petang ini memberitahu, SMART terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan.
“Kita berharap pengguna lebuh raya SMART bersabar semasa sistem pengoperasian banjir ini diaktifkan,” jelasnya.



* Ishh...ishh...ish... ni lah laluan yg aku slalu lalu tiap2 ari nk gi & blk keje. Nmpk gayanya 1 mgu ni mmg kena cari jln alternatif yg lain lah. Klu x, 1 mgu aku lmbt gi keje. Dah ler Jln Sg Besi tu mmg jam giler tiap2 pg. Nak ikut jln Mahameru pun jam...nk msk KL, byk plk traffic light. Ish... klu lah keta aku ni ada button yg bole terbang legalah skit. Bole lah cpt smpai ofc. Tp klu smpai cpt pun pintu mesti x buka lg... sama jer mcm dtg lmbt. Slalu mcm ni lah... klu org yg buka pintu lmbt sampai, bebudak ofc yg lain kenalah lepak kt kedai mamak. Sib baik kedai mamak tu kat sebelah ofc aku jer. Lepas lah roti canai & teh tarik secawan.... hehhehe

24 March 2008

Konsert Akademi Fantasia 6 (AF6)

Hari Sabtu aritu (22/03/08) bermulalah konsert AF6 yg pertama. Aku punyalah excited nak tgk. Terasa mcm teruja plk nk tgk persembahan pelajar-pelajar AF6 ni. Tp bila aku tgk 2, 3 pelajar yg pertama mcm tak best jer. Rasa teruja tu pun mcm dh hilang plk. Maybe konsert yg pertama ni x warm up lg kot. Bole lah dimaafkan..... Tp pape pun aku suka tgk Nadia... dah la comel, sore pun best gak. Si Saida plk nmpk sgt lah pemalu nya dia tu... heheh...Kakak CT lah katakan.. yer tak? Pelajar yg terkeluar plk si Yana. Igtkan 3 org pelajar keluar... ceh AC wat kejutan plk. Sabar jer lah.... Ha ni lah gmbr si Yana tu. Sian gak tgk dia, baru konsert pertama dah terkeluar.... nak buat mcm mn sokongan sms xder. Nubhan plk kira ok gak sore dia... klu digilap bakat dia ni terserlah gak... kita jerlah konsert akan dtg ni mcm mn, ok ke x?

Yana, pelajar pertama yg tersingkit di konsert AF6 Nubhan beraksi



Cute jer muka dia ni















07 March 2008

Esok Hari Mengundi

Esok, hari Sabtu (08/03/2008) adalah tarikh untuk menentukan siapa pemimpin kita pada penggal ini. So, Untuk Rakyat Malaysia, cheyzu ucapkan SELAMAT MENGUNDI. Undilah kepada yang benar-benar berwibawa dan boleh memimpin.

My First Blog in Here

Welcome to my blog. This is my first time to create my own blog here. I hope this blog will be one of my best friend.
Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker