12 August 2009

Lega Rasanya

Lega sikit rasanya, bebanan yang ditanggung berkurangan sedikit sejak maid sampai. Pegi keje pun hati dah boleh tenang. Nasib baik dapat maid yang ok walaupun mula2 tu nk wat keje sume kena suruh dulu. So far, skill dia sume dah improve walaupun not 100%. Tp banyak mende dia dah tlg aku kt umah. Tolong jaga anak, kemas rumah, jaga rumah..... kiranya aku x rasa berserabutlah kepala otak aku seperti sebelum ni. Sejak anak2 dah duduk kt rumah dan dah x dihantar ke nursery, alhamdulillah.... mereka sihat sehingga kini. Cuma baru2 ni my boy demam sbb kena cucuk untuk 5 bln punya. Biasalah tu kan.... :D

01 July 2009

I'm so tired lately


Terasa penat sgt kebelakangan ni, tido x ckp, rehat pun x ckp. Semenjak pindah umah, mcm2 benda berlaku. Anak-anak kerap demam la, anak masuk wad la, tayar kete meletup la, dan mcm2 lagi la. Dugaan betullah...... dalam keadaan begini mmg aku betul2 presure.

My Boy Warded

Lama sungguh aku x update blog. Entry ni pn aku tapuk (simpan) dlm posts agak lama jugak. Actually just want to share with u all that my son warded twice within 1 month. Hmm... mcm mn nak cite ek... sejak dihantar ke nursery, my kids mmg sentiasa x sihat. Kerap demam, selsema, batuk. Bila my girl demam, lepas tu my boy pun akan demam  then sebaliknya. Dalam tempoh sebulan mmg kerap demam.

Then, 1 day... i saw a little bit macam rashes la kat atas peha area pampers yg my boy pakai. Igtkan mmg kena ruam lampin. So pesan je la ngan bdk taska supaya letakkan krim. Bila bwk blk umah ruam dia kecil lg tp esoknya tu jd besar plk. Yang peliknya, kulit dia merah mcm kena air panas tapi x gelembung. Cuma tiba2 je membesar dan kulit dia tersiat sendiri. Mmg kesian sgt ngan my boy. Dah ler that time, both of my kids fever.  My hubby plk keje waktu malam, pagi baru blk. Aku pn mmg xleh tido kenangkan diorg tu. Kejap2 bangun tuamkan kain basah kt kepala.

Dalam masa x sampai 24 jam, mende tu merebak kt tmpt lain... kt area pampers gak. Sedih tgk bila dengar my boy menangis tahan sakit. Nak pakai pampers pun dah x boleh. Mmg kena pakai kain lampin je klu x kulit dia tersiat lg. Aku takutttttt.....Then aku decide bwk bebudak tu ke Hospital Serdang, Sib baik ler hsbnd aku blk cpt. So mmg dia la yang hantar gi hospital. 

Sampai kt HS, sib baik service cpt sbb dah emergency dah sampai my boy nangis x henti2. My girl pn mmg lesu je, demam panas. Dua2 darah diambil... my son kena xray sbb risau ada jangkitan kuman kt peparu. Aku dah mula cuak, mesti masuk wad. Tp mmg aku dah prepare brg2 my boy la. Mmg tepat jangkaan aku, mmg kena masuk wad sbb paru2 dia dah ada kuman. Patut ler mcm susah je nafas & nafas dia cpt je masa tu. Dr. kata kulit dia pun ada jangkitan kuman jugak. Tp nasib baik my girl x msk wad skali. Mmg jenuh ler aku klu dua2 masuk wad. Itu pun seminggu duk kat wad, seminggu jugakla aku xdtg ofc. Terima kasih kt member ofc aku, Shela yg kerap telefon tanya khabar walaupn yg lain xdtg menjenguk. Maybe bz kot..... it's ok.


Ini masa masuk ward for the first time pada 19/5/2009 - 26/5/2009. Ini pun mintak keluar awal sbb 31/5/2009 ada majlis akikah dan cukur jambul my boy. Buat kt Kg. Rembau skali dengan kenduri kawin adik perempuan aku yg bongsu. Tawakal je la sbb my boy baru je keluar hospital then jumpa ngan ramai org plk tu. Just beware je la.. alhamdulillah sume ok.
 


Dalam tempoh sebulan, my boy masuk wad semula pada 26/6/2009 - 27/6/2009 sbb kes yg sama, demam panas with scarlet skin. Ini sume nya sbb hantar kt nursery lepas dia keluar wad. I have no choice sbb xde sapa nk jaga. Maid pun x sampai2 lg. Bila aku kenangkan balik mau menangis. Tp ini sume dugaan yg Allah berikan pada aku. Alhamdulillah...... semoga dosa2ku dihapuskan. Amin.............

18 June 2009

Peraduan Teka Umur (Sticky Mode)


NI ADALAH STICKY MODE
NORMAL ENTRY SCROLL KE BAWAH YEA..

Tempoh Peraduan : 6hb Jun 2009 hingga 26hb Jun 2009 

Tarikh tutup : 26hb Jun 2009 @ 6 petang

Keputusan : 28hb Jun 2009

Peraduan ini telah dianjurkan oleh azura777

So, marilah kita sama2 teka umo anak beliau. Manalah tau anda adalah pemenangnya.



16 June 2009

Aksi-Aksi My Little Girl

Actually, kadang2 bila aku boring kt ofc aku tgk gmbr anak. Bila tgk gmbr anak, teringat plk gelagat2 yang cukup membuatkan aku tersenyum sendiri. Mcm2 aksi yg ditunjukkan bila berdepan dengan kamera. Nak tgk aksi2 my little girl, sila lihat gmbr2 di bawah ni.... (gambar di ambil masa aku masih berpantang)

Bila Ummi nak menyapu, dia pun nak menyapu. Dah besar nanti jangan x tolong ummi plk k sayang.


Lepas mandi, sibuk je my girl nk bergambar. Nampak sgt happy duk kg kan...


Gelagat my girl makan ais krim. Comotnyer.......


Aksi bila dapat pakai baju baru.


Sibuk nak pakai kain tudung ummi. Kain tudung sendiri xmau pakai. Hehhehe...


Ada gak gaya mcm boy kan...


15 June 2009

My Baby Boy

Untuk tatapan semua, aku perkenalkan inilah my baby boy, Ammar. Sorry ler lama sgt korang menunggu kan.... saja simpan xnk tonjolkan dulu. Hehehe......


Baby Ammar
Ammar & Balqis Husna
(AmNa)


09 April 2009

Epi Besday Darling


Happy Birthday to My Dearest Darling

IRWAN AFFENDY BIN MD SHAIDALI @ JOHARI
34TH


Thanks for everything and I LOVE U SO MUCH !!!

Pindah rumah

N3 kali ni aku cerita pasal pindah rumah. Hmmm... skrg aku dh berpindah ke rumah baru di Seri Kembangan sempadan dengan Puncak Jalil. Aku baru sahaja habis pantang anak yg kedua. 2 hari sebelum masuk kerja kami dh pindah. Ini pun masih x hbs lg mengemas. Byk lagi barang dalam kotak x dikeluarkan. Nasib baik ada adik ipar tolong bersihkan rumah baru kami sebelum kami berpindah. Terima kasih yer adik iparku sayang.

Ada jugak cerita yang melucukan yang terjadi semasa proses pemindahan rumah haritu. Ia dicipta oleh my mr hubby. Hehehehe... sayang..sayang. Nak dijadikan cerita, lepas aku bersihkan rumah baru bersama-sama adik ipar and also my little assistant (my Girl), kami pun mandi dan bersiap2 tuk mengisi perut yang kosong sementara menunggu mr. hubby and the gangs membawa barang kami dr rumah lama. So, aku decided nk gi JJ Equine beli apa yang patut. Perut dah lapar terus pegi beli KFC. Cadangnya nk makan kt situ jerk tp tiba2 mr. hubby call kata x boleh masuk umah baru. Dah ler masa tu hujan, dia suh aku blk cpt. Aku pun mcm pelik jugak apsal la dia x boleh bukak pintu sedangkan kunci yang dia pegang boleh jer guna sebelum ni. Musykil aku haih... Dengan makanan yang baru sampai tu terus jerk suh org tu bungkus take away. Punyalah bergegas kami keluar dr JJ tu sbb risau nanti hbs barang dlm lori kena air hujan. Bila sampai jer umah, tgk mr hubby dh pun masuk dalam rumah tgh angkut brg2. Then aku pun tanya gak boleh plk masuk umah. Nak tau apa dia ckp....... Dengan senyuman dia yang manis tu dia kata rupa2nya dia pegi umah sebelah, patut ler xleh bukak pintu sbb salah rumah. Nasib baik xde tuan, kalau x dah kena saman dah sbb percubaan menerjah rumah orang. Heheheheh..... Mcm mn lah boleh salah rumah???

Byk perbezaan rumah dulu dan sekarang.

Dulu duk kat Bangsar duk umah Kuarters,
Skrg dah duk umah teres 2 tingkat.
Nak lagi selesa lah katakan.

Dulu saya x menyewa
Cuma bayar kt mak mertua,
Sebabnya rumah tu rumah kuarters mak saya,
Kami ni cuma menumpang aje :D,
Tp rumah skrg dh mula menyewa.
Pening la kepala aku nampak gayanya. :(

Dulu keluarkan perbelnjaan rumah sikit jerk,
Sbb anak pun baru sorang jerk,
Tp skrg perbelanjaan dah makin bertambah (Kopak duit Den).
Anak pun dah dapat sepasang dah kira seronok dah.
Dulu kami bayar 1 keta,
Tp sekarang kami nak kena byr 2 keta,
Dulu tempat keje x jauh mn pun,
Dr Bangsar ikut SMART terus ke Ampang,
Tp skrg bertambah jauh plk rasanya,
Dr Bukit Jalil ikut MRR2 terus ke Ampang.

Dulu duk Bangsar adik-beradik susah nk datang,
Tp skrg rajin plk diorang lepak kat umah aku.
Sbb makan pun aku hidang
Itu aku mmg suka,
Sbb boleh ikat kembali silaturahim kami sekeluarga.

Walau apapun aku bersyukur :D

Cupcake for my hubby




Ari isnin ari tu aku order cupcake dkt axa. aku minta tema romantik... nilah hasilnya. Thanks axa....

Layan jerk ek...



08 April 2009

Kembali Ku Di Sini

Inilah Ammar (Bdk Debab)


Dah lama tul aku x update blog. Baru je msk keje mgu lps slps sekian lama aku bercuti di rumah. Cuti bersalin lah beb (2 bulan). So kembalilah aku di sini untuk menyambung kembali keje2 dahulu. Bila keje dah mula byk mmg susah skit lah aku nk update blog (malas pun ada gak... hehehhe).



Aku selamat bersalin pada 30/01/2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Lahirlah baby boy yang sihat seberat 3.1 kg. Bos aku siap bg msg kata kenapa baby x kuar 29/01 sbb nk sama tarikh dengan b'day dia. Heheheh.... nak wat camna bos, dia nak kuar jugak 30hb. Itupun kena induce nak bagi baby kuar cpt sbb air ketuban dah pecah tp still x rasa sakit. Tp alhamdulillah, akhirnya selamat juga my baby keluar untuk lihat dunia yang fana ini. Gambar baby nanti aku upload untuk tatapan kengkawan k. Be patient.....





Sepanjang aku bercuti, mcm2 cite yg aku dgr. Ramai gak staf yang akan berenti keje dan ada juga dah berenti. Tp mmg sayang lah, otai2 sume dah xde. Skrg ramai bdk baru kt ofc aku ni. Sume adik2 belaka... hehehhe. Boleh ke diorg cacth up cepat keje2 ofc ni.... boleh kot. Tp yang penting bykkan bersabar k.

19 January 2009

Aku masih di sini :P

Arini 19/01/2009 aku masih lg bekerja walaupun tengah sarat. Aku rasa mcm dh x larat nk dtg ofc. Tp disebabkan keje byk kt ofc nk kena settlekan, aku gagahkan jugak demi kewajipan aku sebagai seorg pekerja. Cehwah....
Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker