31 December 2008

Cuaknya....!!!

Ptg ni perut aku rasa mcm semacam je, memulas2 mcm nk bersalin jer... huhuu cuaknya aku. Duduk x selesa, berdiri pun sakit, semuanya serba x kenalah. Takkan nk bersalin dh kot. Aku nyer due ada 2,3 minggu je lagi. Aku baru je cadang nak balik awal arini sbb sure jalan jam nk sambut thn baru mlm ni. Last minute pun ada lagi keje...huhuu bila nk balik ni??? Perut dah sakit dah ni. Harap2 xdelah pape jd kt aku dlm perjalanan pulang nanti. Cuakkkkkk seh....!!!!!!

Happy New Year


Esok bermulalah tahun baru iaitu Tahun 2009. So Good Bye 2008 and Welcome 2009. Azam tahun 2008 pun masih ada yang belum tertunai. So mmg tundalah azam tu ke tahun 2009. Insyaallah akan ku tunaikan jua azam itu. Kena ada semangat baru ni.. hehhehe.

Esok cuti, ptg ni mesti jalan jam teruk. Aku gi jenguk kt tingkap ofc, fuhh.. keta beratur panjang. Boleh ke aku sampai umah cpt arini? Rasanya mcm blk lmbt je aku ari ni. Saat2 tuk menghabiskan sisa-sisa 2008 ni, aku kenalah bersabar.

So, to everyone i would like to wish Happy New Year 2009. See u next year. Heheheh... mcm lama je xkan jumpa kan, pada hal esok je pun tahun baru. Happy Holiday....

30 December 2008

Al-Fatihah...

Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman


Hari Sabtu (27/12/08) yg lps rakyat dikejutkan dgn kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. Masa tu aku kt umah Pak Din (sedara sebelah husband), ada kenduri marhaban, berendoi & akikah cucu dia. Dlm tengah hari, ujan renyai2 tp kjp je adalah dlm 3-5 minit. Xtau plk itu petandanya Almarhum Tuanku Jaafar telah mangkat. X lama lepas tu baru ada org bgtau then ptg tu ujan skit.


Kini, anak saudara baginda iaitu Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir yg gantikan tmptnya sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yg ke-11. Semoga Tuanku Muhriz dapat melaksanakan tanggungjawabnya seperti Almarhum Tuanku Ja'afar yang memang disenangi oleh rakyat jelata terutama Rakyat Negeri Sembilan. So, sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum....




Al-Fatihah....

22 December 2008

The Bad Weekend

Bg aku, last weekend is my bad weekend. Sbb apa? Sbb pd ari Sabtu yg lps, 4-5 kali aku pengsan. Nilah fisrt time, my hubby cukup suspend bila aku pengsan. Yer lah, mn pernah aku pengsan lebih dr skali. Dulu pernah pengsan pun sbb awal pregnant.



Actually, last saturday my hubby ajak pegi tengok we all punyer mesin topup prepaid yg diletakkan kt SEGI College. Pg tu dh rs cam berat hati dah nk pegi tp disebabkan nk temankan hubby pegilah jugak bwk skali my girl. Lepas tgk mesin tu, hubby ajak gi jenjalan kt the Curve. My hubby teringin nk makan kt the Marche Movenpick Restaurant. So, aku kata ok je lah. Lgpun we all pernah pergi mkn kat situ ms baru2 kawin. Dulu duk kt Bandar Sri Damansara, mmg dkt ler nk ke IKEA, The Curve, OU, & so on. So kali ni, nk bwk anak skali pegi mkn kt restoran tu & sambil2 nk imbas kembali detik2 kitorang berdating kt situ. Hehehhehe.......






So, bila dh masuk kt dlm restoran tu mmg excited la nk mkn mcm2 kan. My hubby amik lamb shank & klu x silap chicken chop skali & juga carrot juice.







Aku plk amik roti bun, mushroom soup, chicken cheese, hash brown & honeydew.
Nak dijadikan cite, lepas hbs jer mkn perut aku dh mulas2 sakit sgt. Terasa mcm nk beranak pun ada tp takkan nak bersalin dah kot kan sbb due aku bln 1. Before nak bayar aku ckp ngan hubby sakit perut nak gi toilet. Sblm gi toilet, sempat gak ler habiskan air honeydew juice yg x terhabis lg. OTW nk ke toilet tu, aku duk menahan sakit yg teramat sangat. Aku duk dalam toliet lebih dari 1/2 jam. Bkn apa aku nk bangun rasa mcm nk pitam so mmg kena duduk dulu la. My hubby dah risau siap suh sorang girl dtg jenguk aku kt toilet. Aku saja kata ok walaupun sbnrnya x ok supaya hubby x risau. Then, aku kuar terus duduk kt sofa bg relax dulu sblm beredar dr restoran tu.
Bila aku dh rasa ok skit, aku terus ajak hubby balik sbb dh x larat nk gi jalan2 kt dlm The Curve tu. My huby pelik gak sure ke aku xnk gi jalan2 dulu. Tp aku sbnrnya ada hati gak nk gi jalan2... heheheh. Tp x larat lah beb.
Masuk keta jer, sakit perut aku dtg blk. Puas dah aku menahan tp xnk tunjukkan sgt sakit aku tu kt my hubby. Dlm tempoh 5 minit tetiba aku dh x sedarkan diri (Ni hubby aku cite blk lah). Hubby aku dh cuak sbb dia kata dia tengah borak2 ngan aku sambil bw keta tp tetiba aku senyap then kepala aku dh terlentok sambil mata putih aku dh naik ke atas. My hubby kata aku mcm menggigil.... takkan sawan kot. X pernah seumur hidup aku sakit mcm tu. My hubby igt kena sawan, so dia suh aku gigit lighter dia. Masa aku mcm ala2 sedar tu, aku rasa pelik plk apasal ler hubby aku ni suh aku gigit lighter. Yer la, aku pun mn nk sedar kan time tu. Bila hubby cite semula, kelakar pun ada. Boleh lagi aku senyum masa aku dh sedar tu. Sampai hubby pun sesat jalan nk balik umah kitorg kt Bangsar. Hehhehe.... sayang..sayang.
Then, lebih kurang dalam 15 minit lps tu aku kena lagi. Sekali lg hubby cuak. Kali ni mmg nafas aku turun naik- turun naik dgn cpt. Rasa mmg dh xleh tahan dah, mcm nak terputus nyawa dah. Hubby nk bw ke hospital tp ntah mcm mn aku bleh plk kata suh blk umah. Itu dlam sedar x sedar lah tu aku ckp kt dia. Sib baik my girl time tu x meragam dlm keta, elok jer dia tido.
Bila sampai umah plk, aku msk bilik gi kt katil terus jatuh x sedarkan diri. Ini kali ketiga aku pengsan tp kali ni aku pengsan sambil muntah. Aku pun x sedar bila masa aku muntah. Habis cadar aku. Cpt2 hubby bersihkan. Bila dah sedar, aku cpt2 tukat baju dan bersihkan apa yg patut. Then, terus tido.
Aku igt aku dh ok dah tp mlm tu aku kena lagi. Huhuhu... mmg lemah badan aku dibuatnya. Dah ler x sedar, muntah pastu badan sakit2 & lemah plk tu. Mmg segala keje umah hubby yg buat. Thanks abang jd sura rumah dh jaga anak kita dengan baik.
Aku rasa, aku jd mcm tu disebabkan aku mkn mushroom soup (i guest ler). Sup tu mmg pekat dan likat. Mmg pior mushroom. Maybe, baby dlm perut aku ni xleh nk terima. Pasni dh xmau dh mkn mushroom soup. Patut ler ramai yg pesan jgn mkn cendawan sebarangan, lepas pantang pun mmg xleh mkn.
Ok ler kengkawan, sj nk kongsi cerita. Ni kira teladan gak ler yer bg ibu2 yang mengandung jgn mkn sebarangan sup cendawan.

Narita Toto


Aku nk ucapkan tima kasih bebanyak kt my ofcmate (Anod) sbb smpt gak singgah beli comforter kat Padang Besar. Dah lama mencari dan akhirnya tercapai gak hajat. Murah pun murah, cuma RM36 jer. Klu kt KL mau nyer cecah RM100++. Tima kasih yer Anod.

Ini gmbr hiasan jer. Aku xleh snap gmbr toto aku disebabkan kamera msh tidak berfungsi. :D

Conjucntivitis

Ari Jumaat aritu, aku kena sakit mata. Bila bangun mata xleh buka, then bila masuk bilik air tgk kt cermin dua2 belah mata dh merah menyala. So, terpaksalah aku amik MC ari Jumaat aritu (19/12/08). Actually hari Khamis, mata sebelah kanan aku dh merah dah. Aku dh titiskan ubat mata, so nmpk ler berkurangan skit. Tp ari Jumaat aritu mmg xleh tahan, pedih. Klu pegi ofc pun 4 sure kena suh blk gak sbb nanti risau berjangkit kt org lain.


Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.
Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.



Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan
Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".


Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain




12 December 2008

Kartun Loopdidoo

Gelikan hati anda bersama Loopdidoo, seekor anjing yang lucu bersama kawan karib serta pemiliknya, Petunia. Kehidupan seharian mereka adalah penuh dengan pengembaraan baru yang unik tetapi penuh aksi. Saksikan bagaimana pengembaraan mereka berakhir dengan dengan penuh kegembiraan, senyuman serta gelak ketawa.


Setiap hari my girl akan bangun pukul 6.30 am atau 6.50 am. Asal aku bangun pagi je, dia pun mesti nak bangun gak. Mmg dah rutin harian dia mcm tu. Kadang-kadang susah jugak aku nak bersiap pegi keje sbb my girl tu x suka duk sengsorang wat keje sendiri. Mesti nak kena teman dia main atau tgk tv. Pepagi dlm kul 7 am, dia mesti nak ajak aku tgk tv... "Ma, nk engok Loopdidoo". Cite ni kt astro Ceria saluran 611 dalam versi Bahasa Melayu. So, mmg kul 7 am tu kena temankan dia kejap tgk citer kartun tu. Bila aku join, syok gak tgk cite kartun ni. Mmg sesuai le ngan citarasa kanak2.....patut ler my girl tu suka sgt.


Video ni versi Perancis tp lagu dia mmg ceria.

11 December 2008

Musim Hujan

Sekarang ni mmg musim hujan, kalu pagi x hujan, petang mesti hujan. Klu petang x hujan, malam plk hujan. Kdg2 satu ari suntuk hujan. Nasib baik ler kt KL ni x teruk sangat hujan berbanding dengan negeri2 yg sampai dilanda banjir. Kesian kat diorang kan. So, arini aku nak tempekkan lagu hujan yg didendangkan oleh Arwah Sudirman.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

05 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Haji kepada semua kengkawan dan umat Islam di seluruh negara yang jatuh pada hari Isnin (08/12/2008). Maaf zahir dan batin. Semoga hidup anda semua dirahmati Allah swt. Amin...




Bag For My girl

Sejak 2, 3 hari ni my girl sibuk duk ungkai brg nak cari paper bag nak bwk gi umah baby sitter. Siap suh aku cpt siap lagi. "Ma... cpt ma..." sambil duk kendong kan paper bag kt lengan dia mcm mak datin. Mula2 pelik gak aku sbb x pernah dia wat mcm tu pepagi. Tp aku senyum jer tgk gelagat my girl tu. Kalau dah nama anak perempuan, mmg x lps ler nk ber 'make up' bagai kan. Cuma kali ni, dia dh pandai nak beg untuk gi jenjalan. Klu xde beg untuk dia, alamatnya beg aku ler yg jd mangsa dia. So, tghr td, aku teringat kt my girl terus pegi beli beg kecik dia. Disebabkan dia suka gaya mcm mak datin, aku pun belikan beg untuk dia.

So, balik umah boleh bagi dia mesti dia suka. Lg pun dia dh ada accessories mcm bedak, sikat rambut, spek, cekak rambut, getah rambut dll lah... Nanti klu yg second baby plk, kena byk plk beli keta & motor mainan sbb dijangkakan akan dapat baby Boy. Alhamdulillah, dpt gak sepasang. Kalu dua2 pompuan, nk beli barang mesti nak sama.

Mula2 nak beli beg sandang mcm ni tp tgk my girl tu x suka sandang beg, so aku cancel beli beg mcm ni. Dia kan suka gaya mak datin.... hehhehe

Bulan Tersenyum

1/12/2008 aritu, tetiba aku dpt msg dr abg aku (Bang Lang). Bunyi msg dia mcm ni..... "klau tgk ke lgit skang ni... Kita akn nmpk s'olah org tsyum.. Spt ni.. : )". Aku pun pelik gak apsal dia bg msg kt aku mcm tu.. aku igt dia gurau2 je... so aku xdelah balas msg dia tu. Tp sbnrnya perkara ni mmg benar2 terjadi. Cuba tgk ni.....

Yang kelihatan mcm mata tu adalah planet Venus & Jupiter dan yg tersenyum tu adalah bulan. Sungguh teruja bila tgk video ni. Inilah yang dikatakan keajaiban ciptaan Allah s.w.t kerana Dia lah yg mencipta alam semesta ni.

04 December 2008

Rambut Balqis dah Pendek

Ari Ahad lepas aku potong rambut My Girl. Mula2 sayang jugak nk potong sbb rambut blkg dia cantik mcm wat digital perm kt kedai. Sbnrnya itu rmbut asli dia... tp terpaksa lah potong, sian kt dia, mlm2 asyik garu2 kepala sbb panas. So apalagi aku potong ler tanpa belas kasihan. Heheheh.... nanti aku upload kan gambar dia yang terbaru.

Masa ni belum potong rambut lagi.

Cari rumah nak pindah

Hari Sabtu lepas, aku & my hubby gi cari umah sewa area Taman Puncak Jalil. Area sana je yg nmpk cam murah skit. Since kontrak duk kt kuarters pendidikan dah tamat, kitorg kenalah berpindah jugak. Terasa sayang jugak bila fikir nak pindah dari tmpt tgl skrg ni. Yelah... mmg suasana aman tenteram dan selesa. Perabot sume mmg dh lengkap dari awal masuk lg. Tu yang rasa cam malas je nak pindah. Nak gi keje pun senang jer.... even tmpt keje aku jauh kt Ampang. Boleh jer nk duk situ tp x sedap lah kan sbb my MIL pun dah pencen. Rumah tu pun hak kerajaan, so bagilah can kt org yg keje gomen (keje ngan KPM) yg lain duk situ plk. Actually, ada lg jiran aku yg tamat kontrak still duk situ lg, kontrak 5 tahun jer. Aku pun xtau bila diorg nak pindah... agaknya selagi x kena wat spot check, xdelah diorg pindah. Hehhehe....

So, berbalik pasal citer nak pindah umah... aku dh dpt umah sewa, kt Lestari Perdana. Hehhee... berjiran ler aku ngan ofcmate aku si Sue tu. Selang sebuah rumah jer... pape hal bole gosip2 ke... hahahha. Insyaallah ler aku akan pindah umah ujung bulan 12 thn ni (2008). So, kalau xde aral melintang Tahun baru (2009) aku dah duk kt umah baru. Cuma nanti aku lagi jauh nak gi keje kt Ampang. kena kuar awal ler nampaknya walaupun ofc aku start operasi kul 9.00 am. Umah tu umah 2 tgkt & dh siap renovate. Sewa pun kira berpatutan ler RM650/month, kira ok kan..My hubby kata nk sewa dulu, klu rasa mcm dh selesa duk kat situ, ingat nk beli jer umah owner tu. Tp itu akan dibincangkan kemudian lah. Itu next future punyer citer k....
Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker