25 March 2008

Laluan SMART ditutup

Laluan SMART mungkin ditutup hingga 30 Mac

KUALA LUMPUR 24 Mac – Penduduk ibu kota akan terus berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak ekoran penutupan sementara laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) di sini.
Hujan lebat dengan ribut petir pada sebelah petang di ibu negara yang kerap berlaku sekarang diramal berterusan sehingga 30 Mac ini dan ia dijangka memburukkan lagi keadaan.
Terowong SMART ditutup oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak Sabtu lalu untuk membolehkan penyaluran air ke kolam-kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di ibu negara ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas.
Pihak SMART setakat ini belum dapat memastikan bila terowong itu akan dibuka semula kerana ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Kesesakan lalu lintas paling teruk berlaku hari ini yang mengakibatkan deretan kenderaan sejauh kira-kira 15 kilometer dan berlarutan selama lebih empat jam.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memasuki ibu kota dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif.
Pengurus Perhubungan Awam SMART, Wan Azhar Wan Yeop ketika dihubungi petang ini memberitahu, SMART terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan.
“Kita berharap pengguna lebuh raya SMART bersabar semasa sistem pengoperasian banjir ini diaktifkan,” jelasnya.



* Ishh...ishh...ish... ni lah laluan yg aku slalu lalu tiap2 ari nk gi & blk keje. Nmpk gayanya 1 mgu ni mmg kena cari jln alternatif yg lain lah. Klu x, 1 mgu aku lmbt gi keje. Dah ler Jln Sg Besi tu mmg jam giler tiap2 pg. Nak ikut jln Mahameru pun jam...nk msk KL, byk plk traffic light. Ish... klu lah keta aku ni ada button yg bole terbang legalah skit. Bole lah cpt smpai ofc. Tp klu smpai cpt pun pintu mesti x buka lg... sama jer mcm dtg lmbt. Slalu mcm ni lah... klu org yg buka pintu lmbt sampai, bebudak ofc yg lain kenalah lepak kt kedai mamak. Sib baik kedai mamak tu kat sebelah ofc aku jer. Lepas lah roti canai & teh tarik secawan.... hehhehe

No comments:

Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker