31 December 2008

Cuaknya....!!!

Ptg ni perut aku rasa mcm semacam je, memulas2 mcm nk bersalin jer... huhuu cuaknya aku. Duduk x selesa, berdiri pun sakit, semuanya serba x kenalah. Takkan nk bersalin dh kot. Aku nyer due ada 2,3 minggu je lagi. Aku baru je cadang nak balik awal arini sbb sure jalan jam nk sambut thn baru mlm ni. Last minute pun ada lagi keje...huhuu bila nk balik ni??? Perut dah sakit dah ni. Harap2 xdelah pape jd kt aku dlm perjalanan pulang nanti. Cuakkkkkk seh....!!!!!!

Happy New Year


Esok bermulalah tahun baru iaitu Tahun 2009. So Good Bye 2008 and Welcome 2009. Azam tahun 2008 pun masih ada yang belum tertunai. So mmg tundalah azam tu ke tahun 2009. Insyaallah akan ku tunaikan jua azam itu. Kena ada semangat baru ni.. hehhehe.

Esok cuti, ptg ni mesti jalan jam teruk. Aku gi jenguk kt tingkap ofc, fuhh.. keta beratur panjang. Boleh ke aku sampai umah cpt arini? Rasanya mcm blk lmbt je aku ari ni. Saat2 tuk menghabiskan sisa-sisa 2008 ni, aku kenalah bersabar.

So, to everyone i would like to wish Happy New Year 2009. See u next year. Heheheh... mcm lama je xkan jumpa kan, pada hal esok je pun tahun baru. Happy Holiday....

30 December 2008

Al-Fatihah...

Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman


Hari Sabtu (27/12/08) yg lps rakyat dikejutkan dgn kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. Masa tu aku kt umah Pak Din (sedara sebelah husband), ada kenduri marhaban, berendoi & akikah cucu dia. Dlm tengah hari, ujan renyai2 tp kjp je adalah dlm 3-5 minit. Xtau plk itu petandanya Almarhum Tuanku Jaafar telah mangkat. X lama lepas tu baru ada org bgtau then ptg tu ujan skit.


Kini, anak saudara baginda iaitu Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir yg gantikan tmptnya sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yg ke-11. Semoga Tuanku Muhriz dapat melaksanakan tanggungjawabnya seperti Almarhum Tuanku Ja'afar yang memang disenangi oleh rakyat jelata terutama Rakyat Negeri Sembilan. So, sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum....




Al-Fatihah....

22 December 2008

The Bad Weekend

Bg aku, last weekend is my bad weekend. Sbb apa? Sbb pd ari Sabtu yg lps, 4-5 kali aku pengsan. Nilah fisrt time, my hubby cukup suspend bila aku pengsan. Yer lah, mn pernah aku pengsan lebih dr skali. Dulu pernah pengsan pun sbb awal pregnant.



Actually, last saturday my hubby ajak pegi tengok we all punyer mesin topup prepaid yg diletakkan kt SEGI College. Pg tu dh rs cam berat hati dah nk pegi tp disebabkan nk temankan hubby pegilah jugak bwk skali my girl. Lepas tgk mesin tu, hubby ajak gi jenjalan kt the Curve. My hubby teringin nk makan kt the Marche Movenpick Restaurant. So, aku kata ok je lah. Lgpun we all pernah pergi mkn kat situ ms baru2 kawin. Dulu duk kt Bandar Sri Damansara, mmg dkt ler nk ke IKEA, The Curve, OU, & so on. So kali ni, nk bwk anak skali pegi mkn kt restoran tu & sambil2 nk imbas kembali detik2 kitorang berdating kt situ. Hehehhehe.......






So, bila dh masuk kt dlm restoran tu mmg excited la nk mkn mcm2 kan. My hubby amik lamb shank & klu x silap chicken chop skali & juga carrot juice.







Aku plk amik roti bun, mushroom soup, chicken cheese, hash brown & honeydew.
Nak dijadikan cite, lepas hbs jer mkn perut aku dh mulas2 sakit sgt. Terasa mcm nk beranak pun ada tp takkan nak bersalin dah kot kan sbb due aku bln 1. Before nak bayar aku ckp ngan hubby sakit perut nak gi toilet. Sblm gi toilet, sempat gak ler habiskan air honeydew juice yg x terhabis lg. OTW nk ke toilet tu, aku duk menahan sakit yg teramat sangat. Aku duk dalam toliet lebih dari 1/2 jam. Bkn apa aku nk bangun rasa mcm nk pitam so mmg kena duduk dulu la. My hubby dah risau siap suh sorang girl dtg jenguk aku kt toilet. Aku saja kata ok walaupun sbnrnya x ok supaya hubby x risau. Then, aku kuar terus duduk kt sofa bg relax dulu sblm beredar dr restoran tu.
Bila aku dh rasa ok skit, aku terus ajak hubby balik sbb dh x larat nk gi jalan2 kt dlm The Curve tu. My huby pelik gak sure ke aku xnk gi jalan2 dulu. Tp aku sbnrnya ada hati gak nk gi jalan2... heheheh. Tp x larat lah beb.
Masuk keta jer, sakit perut aku dtg blk. Puas dah aku menahan tp xnk tunjukkan sgt sakit aku tu kt my hubby. Dlm tempoh 5 minit tetiba aku dh x sedarkan diri (Ni hubby aku cite blk lah). Hubby aku dh cuak sbb dia kata dia tengah borak2 ngan aku sambil bw keta tp tetiba aku senyap then kepala aku dh terlentok sambil mata putih aku dh naik ke atas. My hubby kata aku mcm menggigil.... takkan sawan kot. X pernah seumur hidup aku sakit mcm tu. My hubby igt kena sawan, so dia suh aku gigit lighter dia. Masa aku mcm ala2 sedar tu, aku rasa pelik plk apasal ler hubby aku ni suh aku gigit lighter. Yer la, aku pun mn nk sedar kan time tu. Bila hubby cite semula, kelakar pun ada. Boleh lagi aku senyum masa aku dh sedar tu. Sampai hubby pun sesat jalan nk balik umah kitorg kt Bangsar. Hehhehe.... sayang..sayang.
Then, lebih kurang dalam 15 minit lps tu aku kena lagi. Sekali lg hubby cuak. Kali ni mmg nafas aku turun naik- turun naik dgn cpt. Rasa mmg dh xleh tahan dah, mcm nak terputus nyawa dah. Hubby nk bw ke hospital tp ntah mcm mn aku bleh plk kata suh blk umah. Itu dlam sedar x sedar lah tu aku ckp kt dia. Sib baik my girl time tu x meragam dlm keta, elok jer dia tido.
Bila sampai umah plk, aku msk bilik gi kt katil terus jatuh x sedarkan diri. Ini kali ketiga aku pengsan tp kali ni aku pengsan sambil muntah. Aku pun x sedar bila masa aku muntah. Habis cadar aku. Cpt2 hubby bersihkan. Bila dah sedar, aku cpt2 tukat baju dan bersihkan apa yg patut. Then, terus tido.
Aku igt aku dh ok dah tp mlm tu aku kena lagi. Huhuhu... mmg lemah badan aku dibuatnya. Dah ler x sedar, muntah pastu badan sakit2 & lemah plk tu. Mmg segala keje umah hubby yg buat. Thanks abang jd sura rumah dh jaga anak kita dengan baik.
Aku rasa, aku jd mcm tu disebabkan aku mkn mushroom soup (i guest ler). Sup tu mmg pekat dan likat. Mmg pior mushroom. Maybe, baby dlm perut aku ni xleh nk terima. Pasni dh xmau dh mkn mushroom soup. Patut ler ramai yg pesan jgn mkn cendawan sebarangan, lepas pantang pun mmg xleh mkn.
Ok ler kengkawan, sj nk kongsi cerita. Ni kira teladan gak ler yer bg ibu2 yang mengandung jgn mkn sebarangan sup cendawan.

Narita Toto


Aku nk ucapkan tima kasih bebanyak kt my ofcmate (Anod) sbb smpt gak singgah beli comforter kat Padang Besar. Dah lama mencari dan akhirnya tercapai gak hajat. Murah pun murah, cuma RM36 jer. Klu kt KL mau nyer cecah RM100++. Tima kasih yer Anod.

Ini gmbr hiasan jer. Aku xleh snap gmbr toto aku disebabkan kamera msh tidak berfungsi. :D

Conjucntivitis

Ari Jumaat aritu, aku kena sakit mata. Bila bangun mata xleh buka, then bila masuk bilik air tgk kt cermin dua2 belah mata dh merah menyala. So, terpaksalah aku amik MC ari Jumaat aritu (19/12/08). Actually hari Khamis, mata sebelah kanan aku dh merah dah. Aku dh titiskan ubat mata, so nmpk ler berkurangan skit. Tp ari Jumaat aritu mmg xleh tahan, pedih. Klu pegi ofc pun 4 sure kena suh blk gak sbb nanti risau berjangkit kt org lain.


Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.
Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.



Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan
Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".


Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain




12 December 2008

Kartun Loopdidoo

Gelikan hati anda bersama Loopdidoo, seekor anjing yang lucu bersama kawan karib serta pemiliknya, Petunia. Kehidupan seharian mereka adalah penuh dengan pengembaraan baru yang unik tetapi penuh aksi. Saksikan bagaimana pengembaraan mereka berakhir dengan dengan penuh kegembiraan, senyuman serta gelak ketawa.


Setiap hari my girl akan bangun pukul 6.30 am atau 6.50 am. Asal aku bangun pagi je, dia pun mesti nak bangun gak. Mmg dah rutin harian dia mcm tu. Kadang-kadang susah jugak aku nak bersiap pegi keje sbb my girl tu x suka duk sengsorang wat keje sendiri. Mesti nak kena teman dia main atau tgk tv. Pepagi dlm kul 7 am, dia mesti nak ajak aku tgk tv... "Ma, nk engok Loopdidoo". Cite ni kt astro Ceria saluran 611 dalam versi Bahasa Melayu. So, mmg kul 7 am tu kena temankan dia kejap tgk citer kartun tu. Bila aku join, syok gak tgk cite kartun ni. Mmg sesuai le ngan citarasa kanak2.....patut ler my girl tu suka sgt.


Video ni versi Perancis tp lagu dia mmg ceria.

11 December 2008

Musim Hujan

Sekarang ni mmg musim hujan, kalu pagi x hujan, petang mesti hujan. Klu petang x hujan, malam plk hujan. Kdg2 satu ari suntuk hujan. Nasib baik ler kt KL ni x teruk sangat hujan berbanding dengan negeri2 yg sampai dilanda banjir. Kesian kat diorang kan. So, arini aku nak tempekkan lagu hujan yg didendangkan oleh Arwah Sudirman.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

05 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Haji kepada semua kengkawan dan umat Islam di seluruh negara yang jatuh pada hari Isnin (08/12/2008). Maaf zahir dan batin. Semoga hidup anda semua dirahmati Allah swt. Amin...




Bag For My girl

Sejak 2, 3 hari ni my girl sibuk duk ungkai brg nak cari paper bag nak bwk gi umah baby sitter. Siap suh aku cpt siap lagi. "Ma... cpt ma..." sambil duk kendong kan paper bag kt lengan dia mcm mak datin. Mula2 pelik gak aku sbb x pernah dia wat mcm tu pepagi. Tp aku senyum jer tgk gelagat my girl tu. Kalau dah nama anak perempuan, mmg x lps ler nk ber 'make up' bagai kan. Cuma kali ni, dia dh pandai nak beg untuk gi jenjalan. Klu xde beg untuk dia, alamatnya beg aku ler yg jd mangsa dia. So, tghr td, aku teringat kt my girl terus pegi beli beg kecik dia. Disebabkan dia suka gaya mcm mak datin, aku pun belikan beg untuk dia.

So, balik umah boleh bagi dia mesti dia suka. Lg pun dia dh ada accessories mcm bedak, sikat rambut, spek, cekak rambut, getah rambut dll lah... Nanti klu yg second baby plk, kena byk plk beli keta & motor mainan sbb dijangkakan akan dapat baby Boy. Alhamdulillah, dpt gak sepasang. Kalu dua2 pompuan, nk beli barang mesti nak sama.

Mula2 nak beli beg sandang mcm ni tp tgk my girl tu x suka sandang beg, so aku cancel beli beg mcm ni. Dia kan suka gaya mak datin.... hehhehe

Bulan Tersenyum

1/12/2008 aritu, tetiba aku dpt msg dr abg aku (Bang Lang). Bunyi msg dia mcm ni..... "klau tgk ke lgit skang ni... Kita akn nmpk s'olah org tsyum.. Spt ni.. : )". Aku pun pelik gak apsal dia bg msg kt aku mcm tu.. aku igt dia gurau2 je... so aku xdelah balas msg dia tu. Tp sbnrnya perkara ni mmg benar2 terjadi. Cuba tgk ni.....

Yang kelihatan mcm mata tu adalah planet Venus & Jupiter dan yg tersenyum tu adalah bulan. Sungguh teruja bila tgk video ni. Inilah yang dikatakan keajaiban ciptaan Allah s.w.t kerana Dia lah yg mencipta alam semesta ni.

04 December 2008

Rambut Balqis dah Pendek

Ari Ahad lepas aku potong rambut My Girl. Mula2 sayang jugak nk potong sbb rambut blkg dia cantik mcm wat digital perm kt kedai. Sbnrnya itu rmbut asli dia... tp terpaksa lah potong, sian kt dia, mlm2 asyik garu2 kepala sbb panas. So apalagi aku potong ler tanpa belas kasihan. Heheheh.... nanti aku upload kan gambar dia yang terbaru.

Masa ni belum potong rambut lagi.

Cari rumah nak pindah

Hari Sabtu lepas, aku & my hubby gi cari umah sewa area Taman Puncak Jalil. Area sana je yg nmpk cam murah skit. Since kontrak duk kt kuarters pendidikan dah tamat, kitorg kenalah berpindah jugak. Terasa sayang jugak bila fikir nak pindah dari tmpt tgl skrg ni. Yelah... mmg suasana aman tenteram dan selesa. Perabot sume mmg dh lengkap dari awal masuk lg. Tu yang rasa cam malas je nak pindah. Nak gi keje pun senang jer.... even tmpt keje aku jauh kt Ampang. Boleh jer nk duk situ tp x sedap lah kan sbb my MIL pun dah pencen. Rumah tu pun hak kerajaan, so bagilah can kt org yg keje gomen (keje ngan KPM) yg lain duk situ plk. Actually, ada lg jiran aku yg tamat kontrak still duk situ lg, kontrak 5 tahun jer. Aku pun xtau bila diorg nak pindah... agaknya selagi x kena wat spot check, xdelah diorg pindah. Hehhehe....

So, berbalik pasal citer nak pindah umah... aku dh dpt umah sewa, kt Lestari Perdana. Hehhee... berjiran ler aku ngan ofcmate aku si Sue tu. Selang sebuah rumah jer... pape hal bole gosip2 ke... hahahha. Insyaallah ler aku akan pindah umah ujung bulan 12 thn ni (2008). So, kalau xde aral melintang Tahun baru (2009) aku dah duk kt umah baru. Cuma nanti aku lagi jauh nak gi keje kt Ampang. kena kuar awal ler nampaknya walaupun ofc aku start operasi kul 9.00 am. Umah tu umah 2 tgkt & dh siap renovate. Sewa pun kira berpatutan ler RM650/month, kira ok kan..My hubby kata nk sewa dulu, klu rasa mcm dh selesa duk kat situ, ingat nk beli jer umah owner tu. Tp itu akan dibincangkan kemudian lah. Itu next future punyer citer k....

27 November 2008

Aktif nya Baby Dalam Perutku Ini !!!!

Sekejap jer usia kandunganku pada hari ini mencecah 30 minggu 4 hari (Nak masuk 8 bln dh). Pejam celik...pejam celik tgl lg 2 bln je aku akan lahirkan anak dlm kandunganku ini. X sabar rasanya nak tatap wajah baby ni. Rasa mcm x tahan plk dia duk dalam perut ni. Bukan apa, kelasakan dia dlm perut mmg betul2 terserlah mcm x sabar dah nk keluar tgk dunia ni. Kerap betul dia bergerak sampai perut aku pun dah senget-benget dibuatnya. Klu lah aku boleh rakam mesti korang terkejut. Tp xlehlah nk tunjuk kt umum. Aurat aku tu...Aduh x tahan..... aktif sangat. Jgn ler dia kuar nanti hyperactive... cukup2 ler kakak dia je yg aktif sorang. Dulu si kakak xdelah seaktif ni masa dlm perut. Tapi bila dah keluar mcm2 benda dia nak buat, x boleh duduk diam langsung walaupun seminit. Ada je benda dia nk usik. Mulut aku ni asyik pot-pet2 jer kt umah. Penat tul membebel tau... Mcm mn lah second baby ni nanti. Hopefully... baby ni sihat walafiat & mudah ler nak jaga.

Gambar ini bukan aku k tp hanyalah ciplak semata-mata. :D

26 November 2008

Cakra Alam-Menipu pesakit

Masih anda ingat suatu ketika dulu gempar di kaca TV, seseorang yang mengaku ”Ustaz” dari Pusat Rawatan Cakra Alam(terletak diTaman Maluri) menjalankan satu rawatan alternatif secara pelik dan meragukan? Mengikut kata-kata Ustaz tersebut beliau mengamalkan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman.Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.

Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:
klik sini untuk download: part1 & part2



1) Rawatan menggunakan telur

Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor. Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung"i. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.

Trick Penipuan :- Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.


2) Rawatan cas elektrik

Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil. Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala. Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar (Pelik bukan?). Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan. Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'. Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.

Trick Penipuan :- Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia.

Apa komen anda? Kalau betullah ustaz ni menipu, memang makan duit haram ler nampaknya. Ramai ler pesakit tertipu. Kalau korang nk tgk kisah pembongkaran pasal ustaz ni, cubalah tgk kt youtube. Mmg x syak lg. Tp bila 360 buat liputan, ustaz ni kata itu sume adalah fitnah. Boleh caya ke ni?

24 November 2008

Huhh......

                    Last week Abah xleh bangun, bengkak kaki tu kena balik. Aku terpaksa ler amik half day sbb nk anta Abah gi spital. My hubby pun amik half day gak. Ayah aku tu duk ngan Bngah aku kt Tmn Equine Park lps kenduri lps. Sian dia duk sengsorg time tu sbb Bngah gi kursus 3 hari. So mmg xde sapa dpt anta gi spital. Sbb tu aku decide nk anta Abah gi Hospital Serdang, dkt skit.

                    Masa aku smpai sana, ayah aku tu mmg xleh bangun. Kaki dia bengkak giler, nk jejak kaki kt lantai pun sakit. Mmg kena papah ler bwk turun gi kt keta. Dah ler umah tu tgkt 3, tangga plk tinggi, terpaksa ler slow skit nk turun time tu. Sib baik hubby ikut. Klu aku sorg, mmg x larat ler.

                     Aku mengeluh bkn apa, aku bwk ayah aku gi Hospital Serdang kt Emergency Department igt dr bleh la check cpt. Rupa2nya hampeh...... bygkanlah sampai spital tu dr kul 2.30 pm, then tgu dr nk check ajer kitorg terpaksa tgu sampai kul 7. Apa punya servis la.... nk dkt 5 jam menunggu. Patient yg sakit pun lg bertambah sakit dibuatnya. Dah ler sakit fizikal, mental pun bleh sakit gak. Aku yg x sakit ni pun sakit jiwa gak time tu... tp aku msh waras lg k.

                     Aku pun pernah gak gi ED kt Hospital Selayang, tp aku rasa Hospital Serdang lg lmbt servis dia. Hospital Selayang tu pun ada 1 je blk saringan & 1 blk Dr. Ni kt Hospital Serdang, ada 3 blk saringan & 3 bilik Dr. Itu pun tetap lmbt gak. Sepatutnya, bila dh ada sistem, cpt ler servis. Tp lain plk jd nyer... time check, kejap je pun. Aku pun xtau lah, apa masalah diorg ni. Xde alternatif lain ker? Bila komplen lmbt, tau plk suh wat hospital sendiri. Meh sini bg duit, aku wat hospital sendiri. Senang skit. Korang pun menumpang je kt spital tu kan... harapkan gomen je. Uish... sakit jiwa dibuatnya. Private Hospital pun bleh cpt je servis dia, tp kena byr lbh la. Yg penting puas ati dgn layanan. Klu yg boleh duk menunggu lama kt hospital gomen pegi je lah. Xde sapa yg larang. Aku cuma luahkan apa yg terbuku kt hati aku jer..

10 November 2008

Majlis Pertunangan Adik Perempuanku

Alhamdulillah, selamat juga majlis pertunangan adik perempuan bongsuku pd 08/11/2008 (Sabtu) yg lps. Adik aku selamat ditunangkan lepas Zohor. Masa nk sarung cincin tu, kakak dia yg dilangkah bendul tu iringkan. Hehehhe... malu2 arnab plk. Klu ikut adat, klau adik kawin dulu sblm kakak, pihak lelaki (bakal adik ipar) kena penalti. Klu org dulu2 minta sepersalinan lengkap serba satu, termasuklah barang kemas dari subang sampai ler ke gelang kaki. Tp family kitorg xdelah nk wat mcm tu sbb risau akan membebankan pihak lelaki dan mesti akan jadi buah mulut org. So, apa yg bapak sedara aku minta cuma sebentuk cincin & sepasang baju. Sib baik ler dipersetujui. Sukalah kakak dia dpt brg free... heheheh. Tarikh pun dh ditetapkan iaitu 06/06/2009. X sangka gak aku, kejap je adik aku akan bergelar isteri org. So, bila tiba ms nya aku akan jemput kalian bertandang ke teratak kami k. Adik ipar aku pun akan kawin thn dpn 11/04/2008. So, thn dpn adalah thn yg bz bg aku. Kena prepare awal ni..


Actually sblm majlis tunang pg tu wat majlis tahlil, akikah dan marhaban untuk anak Bangah aku (Puteri Iris....apa eh.. pnjg sgt nama dia xigt lah aku). Sume nya berjalan dgn lancar cuma kekurangan skit sbb ayah aku demam panas & xleh nk berjalan. Kaki dia pun bengkak, so segala perbincangan semasa majlis pertunangan adik aku tu dia dh pass kan kt bapak sedara ngan mak sedara aku. Sian Abah.... lps selesai majlis baru bwk dia gi klinik sbb bdn dia dh panas sgt. Penat agaknya duk masak kari kambing mlm sblm tu. Walau papepun, kari kambing yg ayah aku msk tu mmg licin hbs... mesti sodap tu. Hehhehe... aku pun xdpt rasa. Sib baik dpt simpankan skit tuk my hubby... klu x merajuk plk dia (fav. dia tu....).


So mcm biasalah, gmbr xdpt nk upload lg. Nanti bila senang, aku tempek kt sini k.

Gambar dh siap, so aku tempekkn ler kt sini tuk tatapan korang. Sorry ler lambat plk tempek..

Majlis Pertunangan Adik Perempuan Bongsu (08/11/2008)

28 October 2008

Happy Diwali

















27/10/2008 ada Hari Deepavali, so di kesempatan ini aku nk wish kt kengkawan yg beragama Hindu "Happy Diwali 2008" especially to my friends Shela & Loga.

Cuti-cuti di Hujung Minggu

Ari Isnin cuti, so mmg pnjg skit ler cuti aritu (3 ari je pun) start ari Sabtu smpai ari Isnin. Byk btl jemputan, jamuan ari raya, kenduri kahwin, kenduri akikah & mcm2 lg. Pack je jadual bila time cuti-cuti raya ni. Igt bole ler pegi jemputan umah kengkawan tu tp alih2 hanya 1 tmpt je aku pegi. Pegi Umah Ruby (kenduri Kahwin). Itupun kejap jer.... nk bergmbr ngan Ruby pun x smpt. Anyway, Happy Wedding's Day to Ruby & Her Husband. Sorry ye Ruby, my Girl meragam ler...

Sabtu - (sume aku x dpt gi)
Adik dtg umah
Open House umah PakNgah (Serdang)
Open House Umah Pian (Shah Alam)
Open House Umah Kak Farida (Rawang)

Ahad - (smpt gi umah Ruby Je)
Kenduri Kahwin Umah Ruby (Greenwood)
Kenduri Umah Jas (Ampang)

Isnin - (X dpt gi)
Open House Umah Shela (Sg. Buloh)

Aku bkn saja2 x pegi umah diorg ni, mslh nyer.. my Girl tu meragam jer. Nak kata demam dia x demam pun tp asyik menangis je. Start ari Sabtu smpai ler smlm (Isnin)...asyik nangis smpai serak dh suara dia. Ada je benda yang x kena. Klu menangis setakat 10 minit tu ok lg lah tp ni smpai nk dkt 1 jam nangis x berenti. Kesian btl kt dia...Ari Ahad smpai ke ari Isnin dia mmg jd lembik jer. Aku smpai dh xtau nk buat apa. X cukup tido dibuatnya sbb dia asyik bgn nk mintak air kosong. Setengah botol kordial (isi air kosong ler) jugaklah dia minum. Susu pun dh x minum 5 ari dh. Kdg2 rasa cam nak nangis pun ada sbb dia x pernah mcm ni. Klu bw pegi jumpa Dr pun mesti Dr xleh detect. Harap2 my Girl tu back to normal lah... My Girl tu aktif & periang orgnya, sentiasa menceriakn ayah & Ummi dia. So mmg bleh tau ler klu dia sht ke x sht. Please Balqis, i want to see ur smile & miss ur jokes. Ayah & Ummi Always Luv U Honey....

22 October 2008

18/10/2008 - Rumah Terbuka @ Balik Kg?

Last week aku berbelah bagi nk gi open house big Bos atau balik kg? biasanya aku x pernah miss gi open house my big boss tp kali ni terpaksalah x pegi. Zuharman, ofcmate aku pun buat tarikh yg sama. So mmg xdpt ler pegi umah diorg.

Ada sbb gak nape aku xdpt gi open house tu. Yg pertama, Ari Sabtu ari tu aku kena balik kg sbb ada org nk dtg risik adik pompuan aku. Hehehe... terkejut gak aku. Ini pun kes langkah bendul gak ni sbb ada sorg kakak dia x kawin lg (adik bwh aku). Tup-tup dh ada org dtg risik. klu ikutkan family bdk laki tu nk wat majlis tunang tu cpt pd 2/11 ni. Tp we all mintaktunda la sbb cpt sgt, mn dan nk siapkan pape yg patut. Sib baik diorg leh consider, so tarikh tunang tu jatuh pd 8/11/2008. So, aku sbg kakak yg sulung kena amik tanggungjawab yg bsr ni untuk uruskan persiapan majlis pertunangan adik aku tu. Mak aku kan dh lama xde.... huhuhu.

Sbb yg ke-2 plk, hsbnd aku x bape sihat. Dia kena cacar air, so mmg kena kuarantin tuk sementara waktu. Blk kg pn sbb nk amik daun gelenggang dan air kelapa muda. Kat KL ni bkn nye senang nk cari daun gelenggang tu. Sian kt my hubby. Sib baik aku & my Girl x kena. Hehehhe... antibodi kuat kot. Klu 1 family kena, jenuh ler aku nk menjaga sengsorg. Setakat ni alhamdulillah, my hubby pun dh nmpk sihat dan dah berkurangan dah cacar tu. Tp still xleh msk keje lagi. Wah... lama btl dia cuti. Syok ler rehat kt umah je. Hehehhe...

13 October 2008

Balqis's B'day


Happy birthday to my daugther. Genaplah umo dia 2 thn 12/10/2008 smlm, selepas sehari pertunangan maksu dia. We all smbt pun biasa2 jer... itu pun tumpang kek maksu dia. Hehehe Jimat aku... Yelah, nak beli kek dh byk dh kek kt umah PIL aku. Kang beli lg membazir plk.. sapa yg nk mkn kan...

Tp kesian plk kt My Girl sbb di hari jadi dia tu, dia terjatuh dan tersembam kt karpet. Tu psl main kejar2 ngan atuk dia lah tu. Ha kan x smpt nk brek. Habis dh hidung dia merah sbb tersembam punya psl. Sian dia...
Anyway, hari ni plk birthday my younger brother. Happy Birthday to Emy. 18 thn dh umo dia. Dlm pd hari yg sama juga dia dpt tawaran smbg blaja kt Johor. Alhamdulillah... Tahniah. Thn lepas dapat smbt birthday sama2 ngan My Girl, thn ni xdpt lah ye sbb arini dh start msk keje.

Musim Rumah Terbuka


Puasa dh lepas..... raya pun dh lepas tp Raya Puasa umat Islam beraya selama sebulan. So time ni lah ramai kengkawan, sedara mara buat open house. Penuh gak ler hari minggu dengan jemputan. Setakat ni aku dpt gi open house sedara mara je, x smpt nk gi beraya umah kengkawan lg. Nanti klu aku ada ms aku singgah ler umah sesapa yg bertuah tu.


Hari Sabtu lps, my MIL pun buat open house merangkap skali kenduri tahlil dan kenduri pertunangan my SIL. Aku & my hubby blk terkezut gak ler sbb igt kan wat sederhana je, rupa2nye meriah sungguh. siap ada pelamin untuk bertunang lg. Sib baik ler panggil caterer, xde la jenuh aku nk turun ke dapur je. Tp after majlis pun kena kemas2kan jugak apa2 yg patut. Penat jgk ler... dh ler hubby aku adik beradik dia x ramai, cuma 3 org je. Itupun adik ipar aku yg lelaki tu ngan his wifey xde. Kenalah aku sebagai menantu yg sulung membantu my PIL dlm majlis tu. Walau mcm mn pun syukur juga ke hadrat Ilahi sbb majlis tu berjalan dgn lancar. Itu pun tido dlm kul 1.30 a.m sbb sibuk borak2 ngan ngn PIL.


Gmbr majlis bertunang tu nanti aku upload kt sini, kena mintak ngan SIL aku dulu sbb kamera aku ada problem aritu. Syg sungguh xdpt amik gmbr. Huhuhuh..... rugi plk rasanya.

26 September 2008

Salam Aidilfitri

Hari ni aku last keje, pasni aku dh start cuti selama seminggu. Hehehe...Cuti Hari Raya...... yea2. Tak sabarnya aku nk balik. Kul 4.30 tepat aku nk caww...hehehe. Thn ni aku raya kt kg aku. Dekat je pun... kt Ghombau jo. So esok ari Sabtu aku akan gerak ke kg. Tak sabar nk berkumpul dgn adik-beradik.

So, dgn x sabarnya aku hari ni, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2ku sume. Aku ingin menyusun 10 jari tangan aku ni untuk memohon kemaafan seandainya ada perkataan2 yg kurang menyenangkan hati kalian. 0 - 0 na ....... Lepas cuti raya kita sambung cite balik k. Happy holiday & have a nice day.


Get Hari Raya Graphics Here

23 September 2008

Majlis Berbuka Puasa 2008

9/9/2008 - majlis bebuka puasa PCS bersama anak2 yatim.


Baru sampai kitorang sibuk nk amik gmbr

Hahaha.... posing aje kitorg ni


Sblm nk gi solat pun smpt lg posing

Aku & Fizah (camera owner - aku tumpang ajer)

Aku & Ija

Aku & Aya

Sblm berbuka puasa posinglah dulu.... hehehe



Ni lah dia ratu2 ofc aku.

Ketibaan anak2 yatim


Pemberian duit raya kepada anak2 yatim


Selepas berbuka puasa.



22 September 2008

Selamat Berpuasa

Lama sungguh aku x update blog ni. Mood aku swing2 skit la... almaklumlah org peknen. Awal2 dulu rasa peninglah, loyalah, nk mkn x lalu & nk pitam pun ada... sume tu yg buat aku xde mood nk update blog ni. Tp skrg dh ok dh. Lgpun x byk yg aku nk citekan. Nk tempek gmbr, adik aku plk pinjam kamera. Klu ada gmbr meriah skit... hehehhe. Skrg ni aku tgh duk sibuk dengan keje ofc. Ni pun amik ms skit je nk update blog ni. Bak kata member aku kena pandai mencelah. Ni aku mencelah ikut kata dia lah ni. Hheheh.....




Anyway, sebenarnya aku nk ucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada sume rakan2 yg beragama Islam. Rasa2nya dh terlewat ke aku nk wish ni... tp bln pose x hbs lg walaupun tgl lg 8 hari aje nk raya. Pejam celik...pejam celik.. dh nk dkt sebulan dh kita berpuasa. Alhamdulillah, thn ni aku dptlah pose sebulan... Insyaallah. Bg sapa2 yg x cukup pose tu, xyah ar nk raya sakan. Klu yg pompuan tu adalah jgk excuse nyer... ni yg pelik lelaki yg x cukup pose sebulan tu yg duk sibuk2 nk raya sakan.

25 July 2008

Rindu Kat My Girl


Rindu betul aku ngan my Girl... mana tidak nyer, aku tglkn dia kt kg. 2 minggu aku letak dia duk ngan atuk dia. Nilah first time aku x tatap muka dia & duk berjauhan. Sib baik adik pompuan aku x keje, so blehlah dia tlg jaga skali. Lgpun mmg permintaan dia pun nk jaga my Girl tu. Xperlah... 2 mgu je kan.

Terbongkar Sudah Rahsia ku

Hehehe.... korang nak tau apa rahsia tu? Meh aku cite skit... Aritu Sport Club ofc aku nk buat pertandingan badminton. So diorg pi lah letak nama staf untuk bermain termasuklah nama aku kecuali preggy woman. Sbnrnya aku pun xleh main gak... bkn sakit ke apa. Tp sib baik member aku ni bgtau yg aku xleh main sbb aku pun preggy gaks... hehehhe. Bleh plk x caya smpai mintak surat doktor... ceh.. igt memain ke? Hehehe... aku pun terpaksalah mengiyakan jgk. Hehhee... itulah hari rahsiaku terbongkar. Igt nk simpan je tp xleh plk. X kisahlah kn.... nanti peyot pun bsr gak. Hiks2.... :D

Pasal Cuti di HK





Hi sume.. lama gak aku x update blog ni. Aku pun xtau nape tetiba je mood xde nk update blog ni. Maybe rasa penat blk dr HK x hilang lagi kot. Hehehhe..... Best gaklah bercuti ke HK. Sib baik xde pape yg berlaku. Cuma cuaca kat sana x mengizinkan kitorg kuar jenjalan sgt sbb ujan maa.... Sian anak kena ujan, nanti demam selsema plk. Tp alhamdulillah setakat ni antibodi my girl tu kuat lg. Jrg kena demam. Ada gak anak2 member aku yg demam kt sana, sian diorang kan. Kt sini aku tempekkan lah skit gmbr kitorg kt sana. Mls nk cite bebyk.. tgk ajelah k.

My Lovely Girl - Suka dia baru sampai airport HK


Inilah bilik Disney Hollywood Hotel

Dpt gift - small towel (cute)


Goofy - My Girl nangis bila tgk dia ni (takut)


Happy Family - Sblm nk msk ke Disneyland Park


2 beranak berposing di pintu gerbang Disneyland

Posing lagi... :D

Castle


Mickey & Minnie


Apa nama dia ni ek? Lupa dh aku... watak dlm Roti Halia klu x silaplah.

Korang mesti tau diorg ni dlm watak apa kan... hehhe


Sempat lagi My Girl posing... Ada 2 visitors from Japan pun amik gmbr dia. They all kata muka My Girl "Unik". Tang mana ek.... musykil aku. Siap tunjuk kat kitorg lg. Amboi kecik2 dh ramai yang minat. Bahaya ni....... kena jaga dia betul2 ni bila dh besar.

Aksi sporting..... hehhehe :P


Sib baik aku ada geng nak berposing, posing kt keta antik plk tu. So sporting that My Girl.

Anak ayah yg sungguh manja.

Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker