22 December 2008

Conjucntivitis

Ari Jumaat aritu, aku kena sakit mata. Bila bangun mata xleh buka, then bila masuk bilik air tgk kt cermin dua2 belah mata dh merah menyala. So, terpaksalah aku amik MC ari Jumaat aritu (19/12/08). Actually hari Khamis, mata sebelah kanan aku dh merah dah. Aku dh titiskan ubat mata, so nmpk ler berkurangan skit. Tp ari Jumaat aritu mmg xleh tahan, pedih. Klu pegi ofc pun 4 sure kena suh blk gak sbb nanti risau berjangkit kt org lain.


Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.
Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.



Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan
Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".


Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain




4 comments:

eriey said...

cheyzu..info yg baguss..

Cheyzu said...

Saja nak kongsi bersama...mn lah tau pasni ada org lain plk yg kena sakit mata kan. :P

zamri abdullah said...

banyak kan lagi info kesihatan. lepas nie citer la pasal chikugunya

Cheyzu said...

heheheh... mcm consultant plk aku ni :P

Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker